
![]() |
✿ 8 Petua Untuk Badan Kurus ✿
Sunday, 4 November 2012 | 21:45 | 0 candie blossom
Heyy :) Assalamualaikum . Hurmmm korang mesti nak kurus kan ? terutamanyaa perempuan so , Nana adaa terbaca dekat satu blog nie dya ada sediakan Tip-2 nak Kurus :D ,Okeyy Nana nak Kongsi 8 duluuu >,< Nana tahuu korang yg Gempal nie takot nak naek penimbang . Contoh nyaa mcm nie bdan yg mcm nie yg korang nak ? Sebab korang Tanak bilaa dah besar ^^V korang jdie mcm nie Korang Tanak yg sebelah KIRI tuu kann ? . Korang nak yg sebelah Kanan kann ! So ini petua nyaa : *1. Elakkan makanan ringan – Jauhkan diri daripada makanan ringan mahupun segera terutamanya makanan bertepung atau mempunyai kandungan gula yang tinggi. Yang penting ialah mengawal keseimbangan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dengan cara makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit. *2. Hadkan makanan tinggi karbohidrat – Elakkan terlebih makan nasi, kentang, ubi dsb. Namun, jangan langsung tinggalkan makanan karbohidrat kerana badan kita masih perlukannya sebagai sumber tenaga. *3. Kurangkan sumber protein – Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita. *4. Pilih menu makanan yang betul – Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat mengenyangkan kita. *5.Makan Buah-buahan - amalkan makan buah sebelum makan :P . sperti Epal , Betik , Belimbing dan lain-2
*6. Kurangkan buah manis – Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.
*7. Banyakkan minum – Latih diri untuk perbanyakkan minum air putih. Lebih penting untuk kurangkan atau jauhkan diri dari minuman soda atau bergas.
*8. Bersenam – Semua tips di atas untuk kuruskan badan akan lebih berkesan ataupun hanya berkesan dengan hanya kita meluangkan 30 minit hingga 1 jam untuk melakukan senaman ringan. Berjalan sekitar taman perumahan ataupun menaiki tangga juga cara terbaik untuk melakukan senaman mudah.
Inilah tips dan petua ringkas untuk kuruskan badan. Usaha yang gigih dan konsisten amatlah perlu untuk berjaya dalam misi kita untuk mengempiskan perut. Moga ada kebaikan daripada perkongsia artikel ini.
|